Sholawat Syifa



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠﻰَ ﺳَﻴِّﺪِ ﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍﻥ ﺍﻟْﺤَﺒِﻴْﺐِ ﺍَﻟْﻤَﺤْﺒُﻮْﺏِ ﺷَﺎﻓﻰِ ﺍﻟْﻌِﻠَﻞِ ﻭَﻣُﻔَﺮِّﺝِ ﺍﻟْﻜُﺮُﻭْﺏِ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِ ﻭَﺳَﻠَِّﻢ
ALLOHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADINIL-HABIIBIL-MAHBUUBI SYAAFIL- 'ILALI WA MUFARRIJIL -KURUUBI WA 'ALAA AALIHII WA SHOHBIHII WA SALLIM.
Sholawat Syifa adalah salah satu sholawat yang mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihannya , ianya  berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.
Perjalanan dan keberkesanan hukum sebab musabab sebagaimana yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T serta usaha kita sebagai hamba-NYA yang tetap yakin ALLAH S.W.T adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan penyakit seseorang.

Insya Allah dengan mengamalkan selawat syifa' ianya dapat menyembuhkan setiap penyakit yang kita alami, antara kelebihan selawat syifa adalah sepertimana yang tertera di bawah dan kaedah atau cara amalan :

Khasiatnya:
1. Sila baca selawat syifa sebanyak 21x dan hembuskan dalam air .
 Minum air tersebut serta sapu pada anggota badan yang sakit . Insya Allah ianya dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit . 

 2. Merangsangkan minda kanak - kanak .
 Baca selawat syifa dan hembuskan ke kepala anak semasa anak sedang tidur . Ianya juga boleh di baca pada kismis dan diberi makan sehari 3 biji . 

 3. Melembutkan hati seseorang yang sedang marah atau merajuk .
 Baca selawat syifa sebanyak 3x dan tarik nafas dalam - dalam , ulang sebanyak yang mampu . Boleh juga di hembuskan perlahan - lahan pada seseorang yang sedang marah .

 4. Amalkan sebagai zikir harian .
 Ketika menyapu rumah atau memasak makanan harian untuk keluarga - ianya  dapat memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak - anak dan juga memupuk kasih sayang suami isteri . 


Peringatan:
Ini adalah ijazah umum, sesiapa saja boleh beramal tapi syaratnya Qobiltu kepada guru asalnya. Setiap ijazah umum dibangkitkan energinya oleh guru walaupun tidak seperti ijazah khusus.



1 comment: