Energi Ilahi Majmail Asma



Ijazah Khusus Keilmuan Energi Ilahi Majmail Asma (EIMA)

Keilmuan ini diciptakan oleh Pendiri Quantum Warisan hasil dari ilham laduni. Laduni adalah salah satu bentuk mesej / idea / info / ilham yang datangnya secara sir (rahsia). EIMA tidak akan ditemukan di perguruan yang lain serta keilmuan ini adalah silibus utama dalam Quantum Warisan.

Sumber kekuatan keilmuan ini mendayagunakan kekuatan dan karomah Al-Fatihah yang energinya telah diakses dengan kaedah metafizik sesuai tatacara yang telah diajarkan oleh guru kami yang terdahulu. Apabila energi EIMA ini telah mengalir ke dalam tubuh, ianya akan bekerja untuk membuka titik cakra dan juga membersihkan titik cakra yang tersumbat supaya mudah untuk menerima akses energi.

Suratul Fateha mempunyai lebih daripada 40 nama dan diantaranya adalah Suratu Majmail Asma yang bermaksud himpunan nama-nama Allah yang agung.

EIMA ini adalah keilmuan yang telah diperkemaskini daripada beberapa keilmuan yang lain supaya mudah diaplikasikan di dalam kehidupan kita seharian. Ianya adalah ilmu NIAT tanpa bacaan ayat Panjang berjela, tanpa olah nafas, tanpa olah gerak. Untuk meningkatkan energi keilmuan ini, cukup sedekahkan Al-Fatihah pada diri sendiri tidak terikat jumlah  ( seikhlas hati membaca Al-Fatihah).

KONSEP EIMA

BERNIAT – HENING – LUPAKAN

Berniat sesuai hajat anda. Lafazkan EIMA MENGALIR, kemudian relak fikiran, pasrah dan santai saja. Setelah selesai maka lupakanlah apa yang telah anda lakukan tadi. Bertawakal dan berserah diri pada Allah sepenuhnya di atas apa yang telah kita lakukan.

SURAH AL-FATIHAH  diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.
Surah ini juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) atau “Ummul Kitab”(induk Al-Kitab) kerana ia merupakan induk dan intisari bagi isi kandungan al-Quran. Al-Bukhari mengatakan: “Dinamakan dengan Ummul Kitab kerana surah tersebut menjadi surah pembuka dalam penyusunan mashafnya, dan juga menjadi pembuka pada bacaan dalam solat.”

Mahar Keilmuan:
Tahap Dasar : RM 99
Tahap Guru : RM 250

 Ijazah EIMA

No comments:

Post a Comment